Selasa, 27 November 2012

Bukti Perobohan Billboard KEADILAN



BIRO PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA

PENCEROBOHAN PAPAN IKLAN KEADILAN

Petaling Jaya, Selangor, 27 November 2012.KEADILAN amat kesal atas tindakan pihak-pihak tertentu yang bertindak ala samseng dengan menceroboh tanah persendirian menempatkan “bill board” kepunyaan KEADILAN pada hari Sabtu 24 November 2012 serta merobohkan binaan yang telah dipasang sejak 20 November 2012 itu.  

Papan iklan tersebut terletak di Km 383 Lebuhraya Utara-Selatan dalam perjalan ke arah utara dan iadi tegakkan dengan keizinan pihak pemilik tanah yang merupakan salah seorang penyokong Pakatan Rakyat.  Di atas ‘bill board’ berkenaan di paparkan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim, slogan “Pakatan Harapan Rakyat dan“Harga Minyak Turun”.

 
Papan ini merupakan satu program awalan KEADILAN untuk mendirikan papan iklans erupa di tempat-tempat strategiky ang telah dikenal pasti di seluruh Negara. Dengan keterbatasan yang ada, kita menggunakan pendekatan cara ini untuk memberikan penjelasan mengenai cita-cita dan perjuangan kita dalam memberikan pembelaan nasib seluruh rakyat sepertimana yang terdapat di dalam Buku Jingga.  

Satu laporan polis bernombor BEHRANG/001800/12 telah dibuat oleh tuan tanah sendiri. KEADILAN menuntut pihak polis agar melakukan penyiasatan danbertindak segera ke atas pencerobohan yang dibuat.

Sesungguhnya, KEADILAN melihat bahawa apa yang berlaku ini adalah manifestasi dari kegelabahan dan ketakutan luar biasa pihak berkuasa UMNO dan BN dalam menghadapi kebangkitan seluruh rakyat pada masa ini.  Amatlah ketara, UMNO dan BN sedang meneruskan budaya politik samseng serta semakin tidak rasional dan ketandusan minda untukmeneruskan perjuangan politik secaraber tamaddun, intelektual dan sihat.

Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa keikhlasan, usaha gigih dan janji-janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga memang benar-benar mendapa tsambutan dan diterima baik oleh rakyat.

Justeru, KEADILAN menyeru agar pihak UMNO dan BN menghentikan segala strategi politik kotor yang dilakukan secara berterusan selama ini. Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Politik kuno dan purba amalan UMNO telah pun ditolak. Demi kebaikan dan mengangkat martabat seluruh rakyat, serta tanda kecintaan kepada bangsa dan Negara, maka marilah kita bersama mengamalkan buaya politik waras dan beradab.

Dr Muhammad NurManuty
Ketua Biro Penerangan

Isnin, 26 November 2012

Billboard Keadilan Dirobohkan


Samseng Umno BN roboh papan iklan KEADILAN

  • (Oleh Aliff Fikri) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40114
KUALA LUMPUR 26 November: Samseng Umno BN bertindak melampau merobohkan papan iklan KEADILAN tertera gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun’ di kilometer 383 Lebuhraya Utara-Selatan Sabtu lalu.
Ia dibina atas tanah milik persendirian penyokong KEADILAN, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.
Iklan tersebut merupakan inisiatif Biro Penerangan Pusat dan KEADILAN Perak sebagai kempen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Menempelak perobohan tersebut, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.
“Ini merupakan petanda tidak sihat dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.
“Keganasan berterusan samseng upahan Umno BN melambangkan betapa daifnya mereka kerana sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan demokrasi itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perobohan tersebut.
“Kita telah buat laporan polis dan kita harap pihak polis bersikap adil dalam melakukan siasatan.
Billboard berkenaan dibina atas tanah persendirian bukannya milik Kerajaan Persekutuan, ia sepatutnya tidak menjadi
masalah,” tegas Muhammad Nur.
Beliau juga akan membuat sidang media berkaitan isu ini esok dan mendedahkan secara terperinci bukti papan iklan yang dirosakkan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40114

Jumaat, 23 November 2012

Jawatan PM: PR Sudah Sepakat


Jawatan PM: Tidak perlu bincang, PR sudah sepakat
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 November 2012
 Dr Muhammad Nur Manuty
Dr Muhammad Nur Manuty
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) sepakat memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nanti.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Majlis Syura Pas juga bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri seperti mana yang diumumkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
“Ini hak masing-masing. Keputusan rasmi telah dibuat oleh Majlis Pakatan Rakyat dan diperkukuhkan dengan kenyataan Husam selepas Muktamar Pas Kali Ke-58 yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, isu Perdana Menteri dalam kalangan PR sama ada Anwar atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya polemik sahaja.

“Ia tidak perlu dibincangkan. Pendirian DAP seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Anthony berkata, PR fokus kepada PRU13 dan polemik tersebut perlu ditamatkan.

Sabtu, 17 November 2012

Tak perlu panjangkan isu Izzah, PKR ingatkan Mubarak - Politik - Sinar Harian

Tak perlu panjangkan isu Izzah, PKR ingatkan Mubarak - Politik - Sinar Harian


Tak perlu panjangkan isu Izzah, PKR ingatkan Mubarak
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 November 2012
 Dr Muhammad Nur Manuty
Dr Muhammad Nur Manuty
SHAH ALAM – Gesaan Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Sulaiman supaya ahli PKR beragama Islam mengkaji semula status keahlian mereka dalam parti itu satu lagi permainan politik Umno, kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty.

“Tak perlu layan, semua orang tahu ini permainan politik saja, dah jelas apa dia (Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar) punya kenyataan, saja nak main politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau juga memberi amaran kepada Mubarak supaya tidak memanjangkan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama.

Katanya, hal tersebut telah diperjelaskan Nurul Izzah, namun ada pihak tertentu sengaja menenggelamkan hal sebenar bagi mengelak daripada diketahui rakyat.

“Jangan nak panjang-panjangkan hal ini, bagi saya gesaan Mubarak itu bukan menjadi masalah kepada kita," tegasnya.

Muhammad menambah, hal tersebut diperakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu kelmarin.

Jelasnya, gesaan Mubarak tidak menjejaskan keyakinan ahli terhadap parti berbilang bangsa itu.

"Kita yakin bahawa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak BN, Insya-ALLAH akan menolak Umno-BN," ulasnya.

Mubarak menggesa ahli PKR yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka setelah Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataan kontroversinya berhubung kebebasan wang.

Keadilan Bantah Keganasan Israel


KEADILAN SERU UMAT ISLAM SEDUNIA BANTAH KEGANASAN ISRAEL DI GAZA



KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama.

“Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi.

“Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas,” kesalnya.

Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka.
“Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah.

“Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin,” ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu.
Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin.

“Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel,” tegasnya.

Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

Selasa, 13 November 2012

Kenyataan Merngenai Isu YB Nurul Izzah


BIRO PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA

ISU KENYATAAN YB NURUL IZZAH
MENGENAI ‘TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA’.


Petaling Jaya, Selangor, 13 November 2012.

“Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
(Al-Quran, Al-hujurat: 6).

Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang orang fasik. Seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq.  Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya. Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa. Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.

Media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur  fitnah dan sengaja diputar belitkan.  Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.

KEADILAN melihat bahawa  serangan menggila terhadap Naib Presiden Parti YB Nurul Izzah,  yang sedang berlaku sekarang ini adalah langkah terbaru UMNO dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis. Hampir kesemua pemimpin tertinggi mereka memberikan ulasan semborono ‘bagaikan menunda najis yang hanyut’.  Media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.  Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan.

Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado.  UMNO gagal menghakis  tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya.  Isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini. Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat.

Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.  Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas.  Peliknya, penjelasan lanjut itu dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan apa sebenarya yang diperkatakan.

KEADILAN ingin menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada agamanya – Islam.  Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda Negara, merentasi semua agama dan kaum.  Latarbelakang keluarga dan penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul.

Sesungguhnya, seluruh lapisan kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sedang terus mara mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.  Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan, PKR
13 November 2012