Ahad, 4 Oktober 2009


KHABAR DARI DURHAM (1)

Alhamdulillah saya dan isteri telahpun selamat tiba di KL pada 30 Sptember 2009 yang lalu setelah berada hampir tiga minggu berada di United Kingdom. Perjalanan kami ke Durham dalam bulan Ramadhan yang lalu memang menguja kami. Kami benar-benar bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah dikurniakan dua cucunda cahaya mata di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan Ilhai.

Di sana, saya sempat menziarahi Shaikh Rashid Ghanoushi (SRG), Pengerusi, Parti Nahdah Tunisia dan juga pemikir Islam terkenal di kota London. Saya diiringi oleh pimpinan MISG-ABIM, UK, antaranya, Sdr Arfin Munir, mantan Setiausaha Agong ABIM dan Sdr.Mohd Noh Jalil yang sedang menamatkan pengajian PhD di SOAS, Universiti of London. Perbincangan kami dengan SRG sungguh menarik. Paling utama ketika kami menggarap persoalan-persoalan Islam yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia seperti pelaksanaan syari'at dan perhubungan di antara Muslim dan bukan Muslim.

Dalam konteks syari'at, kami bersependirian bahawa kita perlu menjadikan "education" sebagai keutamaan dalam agenda pemahaman Islam berasaskan prinsip fiqh al-awlawiyyat (fiqh menurut senarai keutamaan) sebelum melaksanakan hukuman hudud secara formal. Masih terlalu banyak usaha yang perlu kita laksanakan untuk menjelaskan syari'ah dan kaitannya dengan konsep RAHMAH Allah (swt) terutama kepada masyarakat bukan Islam.

SRG berharap supaya orang-orang bukan Islam janganlah melihat syari'ah sebagai satu ancaman, kerana syariah adalah satu perundangan Ilahi yang penuh dengan limpahan rahmah untuk kelestarian hidup manusia. Malangnya, kecenderungan umat Islam yang hanya bergegas untuk "impose" hukuman-hukuman tertentu terutama hukum jenayah tanpa mempastikan implikasi negatif yang boleh berlaku di dalam masyarakat. Beliau berpandangan bahawa pendekatan sedemikian adalah tidak bersesuaian dengana kedudukan Islam dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia dimana pelbagai cabaran dalam dan luaran yang melanda (khususnya ancaman rempuhan globalisasi dalam arena politik, ekonomi, media dan budaya).

Saya juga telah berkesempatan mendengar ucapan SRG di Masjid Universiti New Castle pada 11 September yang lalu. Secara kebetulan beliau telah membentangkan kertas kerjanya mengenai jihad di sebuah Persidangan Antara Bangsa Mengenai Jihad (anjuran Jabatan Pegajian Timur Tengah, Universiti Edinburgh). Sidang tersebut telah mengumpulkan ramai orientalis, sarjana Islam yang bernuansa “Islamic apologetic” dan para pembuat dasar luar negara UK. Agenda tersirat utamanya adalah untuk menghapuskan subjek jihad supaya tersisih dari sukatan pelajaran pengajian Islam di dalam sistem pendidikan Islam di negara-negara Islam.

Namun, penjelasan SRG mengenai Fiqh al-Jihad pada malam tersebut telah cukup mempesonakan para hadirin. SRG telah merujuk buku baru Syaikh Yusuf al-Qaradawi mengenai Fiqh al-Jihad. Karya yang berhalaman seribu muka surat itu adalah penting dalam konteks Islam sedang berhadapan dengan cabaran ekstrimisme agama dan ancaman Islamaphobia tajaan dunia Barat. Kami berpandangan, karya mutakhir Syaikh Yusuf al-Qaradawi itu cukup relevan dengan perjuangan PKR. Insyallah, kami akan lakarkan pokok-pokok pemikiran beliau di dalam buku tersebut di laman blog ini tidak berapa lama lagi.

Jumaat (25 September) lalu, saya diberi peluang berceramah di School of Governance and International Affairs, Universiti Durham. Tajuk perbincangannya ialah i "Islamist Political Dynamism in Multi Culture Malaysia: The Experience of PKR”. Alhamdulillah, respon dari para pensyarah dan calun-calun pasca sarjana dari Malaysia dan lain-lain negara adalah memusakan. Saya telah menjelaskan bahawa pendekatan kelompok Islam di dalam PKR adalah realistik dengan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Justeru, prinsip keadilan, wasatiyyah (perimbangan), menghormati perbilangan agama sebagai satu Sunnatullah, karamah manusia sebagai makhluk ciptaanNya, prinsip dan kaedah siayasah syar’iyyah serta kepentingan memahami dengan mendalam dan tepat konsep maqasid syar’aiyyah (tujuan-tujuan syari’ah) adalah antara “ingredients” penting bagi dalam usaha PKR untuk memertabatkan kedudukan Islam dan sekaligus menjamin hak asasi manusia dalam konteks masyarakt majmuk di Malaysia.

Saya juga berkesempatan menyampaikan kuliah maghrib kepada masyarakat Melayu Durham sebelum meninggalkan Durham pada 27hb. September yang lalu. Progaram bulanan tersebut dikenali sebagai Program Pengajian Hadis pada setiap hari Jumaat di hujung bulan. Saya telah memilih beberapa buah hadis yang disampaikan oleh Junjungan Muhammad (saas) bersempena dengan Khutbah al-Wada’. Hadis-hadis tersebut berkisar dengan nikmat Islam sebagai agama yang benar dan komprehensif, ancaman kebendaan yang ekstrim, permasalahan perpecahan umat dan keperluan kembali berpegangan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Semoga Allah (SWT) memudahkan segala urusan kita. Insyallah kita berjumpa semula pada hari Khamis (1hb.Oktober, 09) di Malaysia.

Muhammad Nur Manuty.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu alaikum warahmatulLahi wabarokatuh,

Ustaz&Dr Muhd. Nur

Rengkasan dan khulasan ustaz dengan SRG really compact but precise. Saya yakin berlandaskan hujjah Fiqh Al jihadnya SYA-Q, SRG mampu membahas secara imbang topik jihad di Konferensi tersebut. Kebolehan SRG memang luar biasa.
Ustaz mengenengahkan dimensi & aplokasi maqasid syar'iyyah dalam politik kemajmukan M'sia. Perspektif MS boleh menyelesaikan relasi HAM dan Islam dengan gantiannya karamah insaniyyah, dan pembinaan tamaddun agama atau sekurang kurangnya penghidupan semula andalusian Conviviencia.
Di Amerika ini, usaha terkini melalui rangkaian IIIT dan yang lainnya terutama kumpulan Roberts D. Crane telah mengilmiyyahkan kupasan Maqasid Syar'iyyah dikalangan sarjana dan strategic thinkers kerna latar belakangnya RDC yang sememangnya berperanan sebagai strategic thinker.
Saya fikir sarana ustaz meletakkan maqasid Syar'iyyah di gelangang political theoriticalization maupun politik practis sememangnya sudah sampai masanya. Pendekatan politik manhaj Malazy Sdr. AI telah mulai menapak baik akan pemantapan MS. Mungkin banyak yang perlu diterobosi diperingkat theoriticalization antara Manhaj Malazy dan MS.

Jamaludin Mohyiddin

Sang Pengawas berkata...

Salm prof, maaf jika terlambat kenal pasti blog prof... :)