BIRO
PENERANGAN
PARTI
KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN
MEDIA
ISLAM
DAN MELAYU LEBIH GEMILANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT
Petaling Jaya,
Selangor, 10 Disember2012 .UMNO nyata telah gagal membela
Islam dan orang Melayu. Jenayah UMNO terhadap Islam dan Melayu terlalu banyak –
gejala murtad, tanah tergadai, tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan
akhlak generasi muda serta pelbagai lagi. Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa
Melayu dilihat begitu rendah dan hina.
UMNO telah menindas gerakan
Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan.
Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan ditahan ISA. Bulan
Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya,
pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali.
Selepas 55 tahun UMNO
diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang
Melayu masih mendendangkan lagu ‘Anak Kecil Bermain Api’ dan mengalirkan air
mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.
UMNO sekarang ini,
dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi
yang bukan-bukan. Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah
tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa
secara tiba-tiba. Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasas
ebagai pilihan.
Kepimpinan UMNO hari ini
nyata begitu lemah tidak berupaya lagi. Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya
politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko
perubahan kepimpinan dan perpecahan. Hakikatnya, orang Melayu tidak berpecah dan
tetap bersatu. UMNO yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal
penubuhannya.
UMNO begitu fobia dengan
budaya politik sihat dan matang seperti perdebatan politik yang inteletual yang
diiktiraf tamadun dunia. Sehingga kini Dato Seri Najib begitu takut berdebat dengan
DS Anwar Ibrahim. Begitu capeknya UMNO, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya
tempang sebagai kerusi roda penyelamat.
Pakatan Rakyat telah pun
membuktikan orang Agama Islam dan Melayu lebih terjamin dan lebih gemilang di
era pemerintahannya. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra
telahpun diterima secara muafakat. Tiada
siapa yang dapat menggugat.
Wadah Pakatan Rakyat
ini telah Berjaya menggembeling para pejuang Islam dan Melayu yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas
membela rakyat. Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata Berjaya diurustadbir
secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya.
Hakikatnya kini, jumlah
ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya. Dalam dunia demokrasi
dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan
Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan.
Pakatan Rakyat terbukti
Berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, professional
dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan.
Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi.
Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan
Agama Islam dan Melayu.
Dunia masa depan pasti lebih
mencabar berbanding sekarang. Kita
memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala cabaran globalisasi segala
bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan. Di era demikian, Islam dan pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang
– nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya.
InsyaAllah.
Dr Muhammad NurManuty
Ketua Biro Penerangan