Isnin, 10 Disember 2012

Islam & Melayu Lebih Gemilang di bawah PR



BIRO PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA

ISLAM DAN MELAYU LEBIH GEMILANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Petaling Jaya, Selangor, 10 Disember2012 .UMNO nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah UMNO terhadap Islam dan Melayu terlalu banyak – gejala murtad, tanah tergadai, tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi muda serta pelbagai lagi. Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa Melayu dilihat begitu rendah dan hina.
 
UMNO telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan ditahan ISA. Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali.

Selepas 55 tahun UMNO diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu ‘Anak Kecil Bermain Api’ dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.
UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan. Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa secara tiba-tiba. Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasas ebagai pilihan.

Kepimpinan UMNO hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi. Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan dan perpecahan. Hakikatnya, orang Melayu tidak berpecah dan tetap bersatu. UMNO yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya.

UMNO begitu fobia dengan budaya politik sihat dan matang seperti perdebatan politik yang inteletual yang diiktiraf tamadun dunia. Sehingga kini Dato Seri Najib begitu takut berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Begitu capeknya UMNO, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai kerusi roda penyelamat.

Pakatan Rakyat telah pun membuktikan orang Agama Islam dan Melayu lebih terjamin dan lebih gemilang di era pemerintahannya. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat.  Tiada siapa yang dapat menggugat.

Wadah Pakatan Rakyat ini telah Berjaya menggembeling para pejuang Islam dan Melayu yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat. Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata Berjaya diurustadbir secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya.

Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya. Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan. 

Pakatan Rakyat terbukti Berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, professional dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan. Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi. Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Agama Islam dan Melayu.

Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang.  Kita memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar,  demi menangani segala cabaran globalisasi segala bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan.  Di era demikian, Islam dan  pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah.

Dr Muhammad NurManuty
Ketua Biro Penerangan
PartiKeadilan Rakyat.

Tiada ulasan: