MEMBANTERAS
BUDAYA POLITIK GANAS
DAN
SAMSENG
Petaling Jaya,
Selangor, 4 September 2012. Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal atas provokasi yang dilakukan oleh
sekumpulan yang mendakwa pendesak Melayu PERKASA di Masjid Al-Hussain, Seberang
Pumpong, Alor Setar pada 2 September 2012 yang lalu. Tindakan agresif dan ganas
mereka - mengungut, menjerit, memadamkan lampu, membaling kasut dan cuba melempar
batu – semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang menyampaikan tazkirah ringkas
adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam. Apatah lagi ia dilakukan dengan
keizinan pihak Imam dan pengurusan masjid berkenaan.
Kumpulan provokator tersebut
hanyalah kelompok minority dan serpihan kecil. Ini terbukti apabila puluhan ribu
rakyat Kedah hadir mendengar ceramah DSAI di perkarangan Stadium Darul Aman selepas
peristiwa tersebut.
Adalah jelas, provokasi
yang dilakukan merupakan rentetan dari siri politik ganas dan samseng yang
dilakukan oleh UMNO dan para pendokongnya, sebagai manifestasi dari tekanan dan
kekecewaan yang dialami apabila menyedari bahawa ia telah gagal menyekat sokongan
berterusan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13
akan datang.
Kita sedia maklum,
bahawa UMNO/BN pernah secara angkuh memandang remeh dan hina akan kebangkitan rakyat
selama ini khususnya sejak 1998 lagi.
Malah UMNO/BN begitu yakin dan selesa bahawa reformasi rakyat ini, telah
pun padam selepas Berjaya memfitnah dan memenjarakan pemimpin reformasi ini
DSAI.
Keputusan PRU 12 yang
lalu, memang benar-benar mengejutkan UMNO. Lantaran begitut ertekan dan terdesak,
mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, sehinggakan pemimpin tertingginya
pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya ‘at all cost’. Demi
mencapai matlamat ini, PERKASA hanyalah salah satu instrumen yang digunakan.
Sesungguhnya, KEADILAN
ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukanoleh PERKASA dan para pendokong UMNO ini,
adalah amat merbahaya kepada kesejahteraan dan kebebasan rakyat. Jika tidak ditampan, gejala ini pasti akan mengancam
keselamatan Negara seluruhnya. Amalan ini
amat bertentangan dengan nilai dan akhlak bangsa Melayu dan Islam. Malah, ia merupakan
serpihan dari budaya jahiliyah dan liar yang dilakukan oleh para penentang keadilan,
kebenaran dan kebebasan sejak zaman berzaman.
Nabi Muhammad SAW pun pernah dibaling
batu dan kayu semasa menjalankan tugas dakwah dan tarbiyahnya kepada penduduk Makkah
pada zaman baginda.
Hakikatnya, perbezaan pandangan
dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah. Malah perbezaan pandangan itu merupakan
suatu rahmat. Inilah kenyataan yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru,
kita menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong UMNO
dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat ini secara sihat, matang dan bertamadun.
KEADILAN berpandangan bahawa
langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik semasa adalah melalui debat
dan perbahasan umum yang teratur dan terancang. Justeru, cadangan diadakan perdebatan
di antara dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – iaitu Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib sendiri – hendaklah diteruskan. Dengan cara
ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan
bertamadun. Namun demikian, kita merasa amat
kecewa DS Najib sendiri secara bersungguh-sungguh ingin mengelakkan ia berlaku atas
alasan yang begitu dangkal dan remeh.
KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan Negara turut memberikan
sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalam budaya politik aras tinggi. Maka itu, kita menuntut agar pihak keselamatan
segera bertindak secara tegas dan drastic demi membanteras budaya politik ganas
dans amseng yang sedang berleluasa.
Sesungguh, kesopanan dan kesusilaan adalah salah satu prinsip
utama Rukun Negara. Justeru, KEADILAN ingin
mengulangi dengan tegas bahawa kami akan tetap mempertahankan budaya politik sihat,
aman, berbudaya tinggi dan bertamaddun dalam meneruskan misi perjuangan kami
mencapai agenda memartabatkan kedaulatan rakyat. Kami juga menyeru, agar seluruh penyokong
KEADILAN dan Pakatan Rakyat bersama-sama mempertahankan dasar dan amalanyang
murni.
Bersamalah kita mendoakan
hasrat mulia menegakkan keadilan, kebebasan dan keamanan untuk seluruh tercapai
dengan izin Allah, menuruti apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang
bersabda:
“Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin”.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan