BIRO
PENERANGAN
PARTI
KEADILAN RAKYAT
PENCEROBOHAN PAPAN IKLAN KEADILAN
Petaling
Jaya, Selangor, 27 November 2012.KEADILAN
amat kesal atas tindakan pihak-pihak tertentu yang bertindak ala samseng dengan
menceroboh tanah persendirian menempatkan “bill board” kepunyaan KEADILAN pada hari
Sabtu 24 November 2012 serta merobohkan binaan yang telah dipasang sejak 20
November 2012 itu.
Papan
iklan tersebut terletak di Km 383 Lebuhraya Utara-Selatan dalam perjalan ke arah
utara dan iadi tegakkan dengan keizinan pihak pemilik tanah yang merupakan salah
seorang penyokong Pakatan Rakyat. Di
atas ‘bill board’ berkenaan di paparkan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim, slogan “Pakatan
Harapan Rakyat dan“Harga Minyak Turun”.
Papan
ini merupakan satu program awalan KEADILAN untuk mendirikan papan iklans erupa
di tempat-tempat strategiky ang telah dikenal pasti di seluruh Negara. Dengan keterbatasan
yang ada, kita menggunakan pendekatan cara ini untuk memberikan penjelasan mengenai
cita-cita dan perjuangan kita dalam memberikan pembelaan nasib seluruh rakyat sepertimana
yang terdapat di dalam Buku Jingga.
Sesungguhnya,
KEADILAN melihat bahawa apa yang berlaku ini adalah manifestasi dari kegelabahan
dan ketakutan luar biasa pihak berkuasa UMNO dan BN dalam menghadapi kebangkitan
seluruh rakyat pada masa ini. Amatlah ketara,
UMNO dan BN sedang meneruskan budaya politik samseng serta semakin tidak rasional
dan ketandusan minda untukmeneruskan perjuangan politik secaraber tamaddun,
intelektual dan sihat.
Peristiwa
ini juga menunjukkan bahawa keikhlasan, usaha gigih dan janji-janji Pakatan
Rakyat melalui Buku Jingga memang benar-benar mendapa tsambutan dan diterima baik
oleh rakyat.
Justeru,
KEADILAN menyeru agar pihak UMNO dan BN menghentikan segala strategi politik kotor
yang dilakukan secara berterusan selama ini. Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan
rakyat telahpun jauh berubah. Politik kuno dan purba amalan UMNO telah pun ditolak.
Demi kebaikan dan mengangkat martabat seluruh rakyat, serta tanda kecintaan kepada
bangsa dan Negara, maka marilah kita bersama mengamalkan buaya politik waras dan
beradab.
Dr
Muhammad NurManuty
Ketua
Biro Penerangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan