KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan KEADILAN
Isu Perampasan Bible Oleh JAIS
(3 Januari 2014)
KEADILAN
yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang
terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian
di negara ini berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan
dengan prinsip-prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi.
Justeru,
antara perjuangan utama KEADILAN adalah untuk menjamin kedamaian hidup beragama
berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat dan juga perlembagaan negara. Bagi
mencapai tujuan di atas, KEADILAN sentiasa menganjurkan supaya disuburkan
budaya interaktif untuk mewujudkan iklim yang kondusif ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan
negara.
KEADILAN
berharap dialog dan perunding yang bakal dianjurkan nanti akan dapat:
·
Menyuburkan kesedaran dan kefahaman
mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang majmuk ke
arah Malaysia yang aman dan makmur.
·
Menyediakan medan sesuai yang bersifat
interaktif untuk para peserta saling mengenali sebagai asas komunikasi positif
dan bermanfaat untuk masyarakat pelbagai agama.
·
Mengumpul pandangan secara objektif
berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk
diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak.
KEADILAN
berharap semua pihak yang terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang
mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat
berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni,
saling hormat menghormati dan bertolak ansur.
Dr
Muhammad NurManuty
KetuaPenerangan
PKR
3hb
Januari, 2014
Tel:
019-3328302
Email:
dr_manuty@hotmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan