BIRO PENERANGAN
PARTI
KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN
MEDIA
ISU
PRK DUN KAJANG: KEPUTUSAN KEPIMPINAN PR MENEPATI PRINSIP SYARIAH DAN AMALAN DEMOKRASI
Keputusan yang telah dibuat
oleh kepimpinan Pakatan Rakyat pada 28 Januari 2014 berkaitan isu DUN Kajang,
adalah suatu yang tepat dan betul berasaskan prinsip-prinsip di dalam disiplin al-Qawa’id al-Fiqhiyyah (Kaedah-Kaedah Fiqh)
yang relevan dengan realiti terkini perkembangan politik Malaysia.
Sukacita
dijelaskan, bahawa ijtihad politik yang dilakukanoleh KEADILAN ini, sememangnya
mempunyai justifikasi yang kukuh berasaskan prinsip dar’u al-mafasid muqaddamun ‘alajalbil al masalih (menghindarkan berlakunya kerosakan adalah diutamakan
sebelum berlakunya sesuatu kebaikan). Dengan lain perkataan, demi mempastikan sesuatu
kebaikan yang dirancang itu benar-benar berlaku, maka semua perkara yang
mungkin menjadi factor penghalangnya hendaklah dihindarkan.
Sehubungan ini,
kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan hal ini amat menarik
dan dialu-alukan. Beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dan tidak
terjebak dengan adu domba pihak musuh. Sebagai seorang negarawan yang begitu masak
dengan selok belok politik negara, beliau melihat bahawa keputusan yang telah dibuat
dalam isu ini adalah suatu yang positif dan tentulah mempunyai ‘illah (sebab) yang tersendiri.
Justeru, dalam menentukan
pendirian kita mengenai sesuatu perkembangan politik semasa, hendaklah bersandarkan
kepada maklumat yang cukup berasaskan sumber-sumber yang autentik. Maka itu,
tindakan-tindakan yang bersifat taksub, emosional dan tergopoh-gapah hendaklah dielakkan.
Seorang pemimpin politik yang sekian lama dikenali sebagai pejuang rakyat dan telah
pun begitu banyak berkorban demi kebajikan rakyat sejak dari usia mudanya,
sudah pasti membuat keputusan politik yang akan menguntungkan rakyat.
Sesungguhnya, politik itu
adalah suatu dinamik. Memang ada ketikanya, keputusan dan tindakan yang
mengejut terpaksa dilakukan di luar dari jangkaan. Keberanian seseorang pemimpin
untuk membuat keputusan demi mencapai perubahan yang lebih baik adalah suatu
yang wajar. Hakikatnya, perkembangan ini adalah suatu yang tabi’e sebagai penerusan
perjuangan dan kebangkitan rakyat. Sememangnya kita sedar, bahawa cabaran yang
sedang dilalui ini tidaklah mudah. Sebahagian dari kita mungkin Berjaya dikelirukan
dan bakal tercicir ditepian perjalanan. Namun percayalah, gelombang kebangkitan
rakyat bersama kebenaran dan keadilan ini akhirnya akan tetap mencapai kemenangan. Kebatilan danke palsuanakan tetap pudar dan tenggelam
di arus perubahan.
“Dan
katakanlah, “Telah dating kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah. Sesungguhnya
yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
(Al Israk: 81).
Dr
Muhammad NurManuty
KetuaPeneranganKeadilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan