Ahad, 30 Ogos 2009

KENYATAAN AKHBAR

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat

30hb.Ogos, 2009

7 ulasan:

kamarulbahrin berkata...

Apa masalahnya membina sebuah kuil di Seksyen 23? Memang benar kawasan tersebut 80% adalah orang yang beragama Islam. Namun begitu kita difahamankan bahwa kuil tersebut adalah perpindahan kuil dari Seksyen 19 dan untuk kegunaan penganut Hindu bagi Seksyen 19, 20, 21, 22, dan 23. Kedudukannya pula agak jauh dari rumah iaitu kira-kira 200 meter dari rumah berbanding dari kuil di Seksyen 19 yang amat hampir dengan rumah (keluar pagar sahaja terus nampak kuil).
Kita seharusnya perlu menggalakkan masyarakat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang beragama. Oleh itu pembinaan kuil yang tersusun diperlukan. Kalau masyarakat kita adalah masalah beragama, ia akan dapat mneyelesaikan banyak masalah kezaliman, penyelewengan, rasuah dan segala macam kebejatan. Ini adalah teras dalam segala ajaran agama.
Membantahan boleh tapi biar kita secara beradap. Itu adalah tuntutan ajaran Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Ustaz...teruskan perjuangan memberikan pemahaman juga kefahaman agama kepada masyarakat...muga Ramadan ini melembutkan hati-hati yang keras..

onn berkata...

Mangkuk-mangkuk UMNO ini bersembunyi dibelakang kejadian tempoh hari..

Tanpa Nama berkata...

Setuju pandangan sdr Kamarul tu..

Cucu Tok Selampit berkata...

Kamarul, apa salahnya kuil berkenaan dibina di Seksyen 23 di tempat yang sepatutnya diperseyujui lebih awal. Kenapa tempat tersebut dipindah ke Seksyen 23 mengikut kehendak minoriti? Apakah hak kami penduduk Seskyen 23 yang majoritinya Melayu Islam. Saudara bercakap tiada fakta. Saya adalah penduduk Seksyen 23.

Tanpa Nama berkata...

Tempat yg dipersetujui awal kat mana tu..? Sememangnya sudah dijangka agenda UMNO sesat di bulan pose ni...!!!

Orang UMNO bercakap hal agama mcm bertih goreng....tapi ekor penuh dgn TAIK...!!!

pOODAH CUCU TOK KAKI KELEPIT...!!!

SHARIPUDDIN berkata...

Sdra Cucu Tok Selampit

Berdasarkan posting sdra dapat saya mengandaikan bahawa sdra seorang yg rasional, memahami dan menghormati kepelbagaian agama yg menjadi realiti negara ini. Tahniah kepada sdra.

Realitinya toleransi agama tidak boleh diurus secara "zero sum" game. Kita menimbang bukan sekadar mempertahankan kepentingan peribadi kita. Kalau semua pihak memikirkan kepentingan masing-masing kuil itu pasti tidak punya tapak utk dibina di mana-mana sekali pun di bumi Shah Alam.

Ruang utk mendengar penjelasan dan memberikan pendapat masih terbuka, pergunakanlah sebaik mungkin. Jangan dicemari dgn tindakan yg melulu seperti yg berlaku pada Jumaat yg lalu.