Isnin, 26 November 2012

Billboard Keadilan Dirobohkan


Samseng Umno BN roboh papan iklan KEADILAN

  • (Oleh Aliff Fikri) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40114
KUALA LUMPUR 26 November: Samseng Umno BN bertindak melampau merobohkan papan iklan KEADILAN tertera gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun’ di kilometer 383 Lebuhraya Utara-Selatan Sabtu lalu.
Ia dibina atas tanah milik persendirian penyokong KEADILAN, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.
Iklan tersebut merupakan inisiatif Biro Penerangan Pusat dan KEADILAN Perak sebagai kempen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Menempelak perobohan tersebut, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.
“Ini merupakan petanda tidak sihat dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.
“Keganasan berterusan samseng upahan Umno BN melambangkan betapa daifnya mereka kerana sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan demokrasi itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perobohan tersebut.
“Kita telah buat laporan polis dan kita harap pihak polis bersikap adil dalam melakukan siasatan.
Billboard berkenaan dibina atas tanah persendirian bukannya milik Kerajaan Persekutuan, ia sepatutnya tidak menjadi
masalah,” tegas Muhammad Nur.
Beliau juga akan membuat sidang media berkaitan isu ini esok dan mendedahkan secara terperinci bukti papan iklan yang dirosakkan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40114

Tiada ulasan: