BIRO
PENERANGAN
PARTI
KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN
MEDIA
ISU KENYATAAN YB
NURUL IZZAH
MENGENAI ‘TIADA
PAKSAAN DALAM AGAMA’.
Petaling Jaya, Selangor, 13 November
2012.
“Wahai orang-orang yang
beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah
lakukan.”
(Al-Quran,
Al-hujurat: 6).
Ayat di atas mengajar kita agar
berhati-hati dalam menerima berita dari orang orang fasik. Seorang Muslim Al
Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu
tugasan ke Kampung Bani Mustaliq. Al Walid menyangkakan mereka sudah
murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya.
Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya
bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid
Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa. Ini
dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai
teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang
fasik.
Media-media
utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional telahpun kerap
didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat,
berunsur fitnah dan sengaja diputar belitkan. Pemimpin-pemimpin organisasi
berita ini sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi
mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya.
KEADILAN melihat
bahawa serangan menggila terhadap Naib Presiden Parti YB Nurul
Izzah, yang sedang berlaku sekarang ini adalah langkah terbaru UMNO dalam
percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.
Hampir kesemua pemimpin tertinggi mereka memberikan ulasan semborono ‘bagaikan menunda najis yang
hanyut’. Media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang
tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah.
Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah
ini disebar dan dijajakan.
Amatlah jelas,
UMNO sedang begitu tertekan dan desperado. UMNO gagal menghakis
tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan
terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo
Beng Hock dan sebagainya. Isu terbaru yang paling menekan adalah skandal
RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat
diperkatakan ketika ini. Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang
diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat.
Sesungguhnya,
kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah
secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.
Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau
kemudiannya dengan tegas dan jelas. Peliknya, penjelasan lanjut itu
dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan
apa sebenarya yang diperkatakan.
KEADILAN ingin
menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada
agamanya – Islam. Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda
Negara, merentasi semua agama dan kaum. Latarbelakang keluarga dan
penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan
jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul.
Sesungguhnya,
seluruh lapisan kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sedang terus mara
mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih
gemilang. Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua
Penerangan, PKR
13 November
2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan